Sabtu, 25 Disember 2010

Lagi Kes Gila Babi

Lagi mangsa keganasan polis:
"Polis pukul saya kerana mahu duit!"

Ong Vic Kee | Dec 24, 2010 05:02:13 pm

 
Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak.  Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding.  Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga.  Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana.  Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya.  Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya.  Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.
Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput.  Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis.  Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.
Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana.  Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.
Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman.  Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis.  Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli.  Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.
Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini.  Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.
Sembunyikan diri dalam longkang
Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian.  Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.
Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian.  Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis).  Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ.  Saya rasa tak ada harapan lagi.  Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."
Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda.  Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang.  Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."
Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya.  Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."
Polis nampak wang nota
Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara.  Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu.  Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya.  Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.
Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje.  Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai."  Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."
Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya.  Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang.  Polis mahu duit!"
Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku.  Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway.  Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.
Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai.  "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia.  Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.
Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.  Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran.  Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya.  Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.
Diugut polis
Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan.  Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."
Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah.  Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis.  Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.
Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga.  Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati".  Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut.  Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.
Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman.  Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret.  Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin.  Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.
Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng.  Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.
Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting daripada teks asal.

Khamis, 23 Disember 2010

Anwar: Menteri pelajaran perlekeh peranan guru



Dis 23, 10 4:05pm
Kongsi 93
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan menteri pelajaran baru-baru ini yang didakwanya telah memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. 

Ianya berhubung hasrat Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan.

pkr congress 281110 anwar ibrahim"Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan 
menyebabkan Malaysia muflis," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaannya.

"Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

"Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran)," katanya lagi. 

Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. 

"Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN. 

"Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru. 

"Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja
yang membangunkan profesionalisme keguruan," katanya. 

Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

"Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni 

yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

"Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini," katanya.

Hakikatnya, tegas Anwar lagi, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan Umno/BN. 

Menurutnya, isu kualiti pendidikan ditimbulkan sejak sedekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon berkualiti tinggi.

"Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan," tegas Anwar.

Semalam, tambahnya, akhbar melaporkan persetujuan perdana menteri untuk menubuhkan badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

"Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi - tetapi hanya selepas Pakatan membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno/BN memberikan reaksi cemas. 

"Baru sekarang, perdana menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari. Ini bukanlah caranya kita merancang kebajikan pendidikan negara. 

"Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan bersuara.

"Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. 

"Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia," tegas Anwar.

Selasa, 21 Disember 2010

Aziz Bari kata Lebih teruk dari 'mahkamah kangaroo'


Lebih teruk dari 'mahkamah kangaroo'
Salmiyah Harun 
Insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pada 16 Disember lalu, memperlihatkan satu sejarah hitam dalam sistem Demokrasi Berparlimen. Pakar perlembagaan Professor Dr Aziz Bari mempunyai pendapatnya tersendiri terhadap insiden itu.

Harakah:
 Bagaimana pandangan Professor terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa selama enam bulan yang diputuskan speaker Dewan Rakyat 16 Disember lalu?


Professor Aziz Bari: Kita tidak persoal undang-undang asalkan ia konsisten. Dalam soal kuasa menggantung ini yang jadi masalah ialah ia tidak konsisten. Ini kerana bila ia melibatkan speaker BN ia mutlak dan mahkamah tidak boleh campur. Tapi bila melibatkan Speaker Pakatan Rakyat lain pula; seperti yang berlaku di DUN Perak di mana kuasa Speaker boleh diganggu oleh mahkamah.


Apa pun Speaker, baik BN atau Pakatan Rakyat mesti adil dan tidak menjadi agen partinya; Speaker mesti ada kredibiliti. Kuasa speaker mesti digunakan dengan adil. Mereka yang waras tidak nampak bahawa tindakan Speaker itu wajar dan adil.


Apa yang berlaku di parlimen berkisar kepada isu firma perunding Yahudi APCO Worldwide yang dibayar oleh BN. Sepatutnya Anwar Ibrahim diberi peluang untuk mengemukakan bukti mengenai apa yang didakwanya mengenai APCO itu. Malangnya beliau tidak dibenarkan berbuat begitu dan kemudian dihadapkan kepada Jawatankuasa keistimewaan dan terus digantung.


Harakah: Kesemua yang digantung tidak diberi peluang membela diri, bagaimana Professor melihat perkara ini?


Professor Aziz Bari: Sepatutnya begitulah; mereka perlu diberi peluang membela diri dan tidak dihukum tanpa membela diri. Ia lebih teruk dari mahkamah kangaroo kerana sekurang-kurangnya ia mahkamah. Dalam soal ini ia bukan mahkamah kerana pihak yang dituduh tidak langsung dibenarkan bersuara. Apa yang dikatakan sebagai hak membela diri itu sebenarnya sekadar memberi peluang kepada mereka untuk bercakap dan menjelaskan kedudukan mereka. Itu sahaja. Pelik betul, hendak mendengar itu pun BN takut. Itu sebab timbul tuduhan BN angkuh dan salah guna kuasa. Mereka boleh gantung, tapi berilah peluang kepada mereka bercakap.


Harakah: Difahamkan penggantungan itu tidak mengikut prosedur sebaliknya didakwa bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam dewan. Sejauhmana sudut pandang Professor tentang hal ini?


Professor Aziz Bari: Prosedurnya mudah yakni Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen lain diberi peluang membela diri dan ini memadai. Dan sebenarnya selaras dengan kedudukannya Anwar Ibrahim sepatutnya diberi ruang untuk mengemukakan bukti atas apa yang didakwanya.


Aneh sangat; apa yang speaker takutkan? Apa bahayanya mendengar apa yang Anwar Ibrahim hendak katakan? Mereka, dan ini diikuti oleh Speaker, semacam begitu takut untuk memberi ruang kepada Anwar Ibrahim sedangkan BN mempunyai majoriti dalam dewan. Dakwaan motif politik timbul kerana mereka begitu kasar dan ganas apabila menangani kes ini sedangkan apabila tuduhan mengelirukan atau berbohong kepada dewan dibuat ke atas menteri Speaker tidak buat apa-apa.

Ahad, 19 Disember 2010

RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG


 
SHAH ALAM, 19 DIS: Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.

Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.

"Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.

"Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.

"Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau.

Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.

Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 “sama sekali” dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.

Sabtu, 18 Disember 2010

Pimpinan PKR: Mustafa Kamil dan Badrul Hisham turut dilantik


Sat, Dec 18, 2010
pkr bmPETALING JAYA: PKR mengumumkan majlis pimpinan pusat (MPP) selepas era pemilihan yang mencetuskan pelbagai salah laku dan penyelewengan.
Beberapa calon yang kalah dalam pertandingan turut diberi tempat dalam MPP atas kapasiti jawatan lantikan.
Mustafa Kamil Ayub yang kalah jawatan timbalan presiden kepada Azmin Ali dilantik sebagai ahli biro politik PKR dan pengarah latihan.
Manakala Badrul Hisham Shaharin dilantik sebagai timbalan setiausaha agung.
Beliau kalah kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk jawatan ketua AMK.
Berikut senarai MPP PKR yang diumumkan hari ini.
Ketua Umum:    Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden : Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail
Timbalan Presiden: Azmin Ali
Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail
Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Fuziah Salleh; Datuk Mansor Othman; Datuk Chua Jui Meng; Baru Biang dan N Surendran
Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin
Ketua AMK: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Bendahari Agung: William Leong
Ketua Penerangan: Dr Mohd Nor Manuty
Pengarah Komunikasi: Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Strategi: Rafizi Ramli
Pengarah Guaman: Latheefa Koya
Pengarah Jawatankuasa Disiplin: Datuk Dr Tan Kee Kwong
Ahli Biro Politik
Senator Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Samad, Sivarasa Rasiah, Dr Xavier Jayakumar dan Mustafa Kamil Ayub yang juga pengarah latihan.
Timbalan Setiausaha Agung: Badrul Hisham Shaharin, T Kumar,  Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking
Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin, Animah Ferrar dan Ir Muthiah.

Ahad, 12 Disember 2010

Gani Patail adalah halangan untuk pembebasan SPRM

12
Dec
10

Kes Berprofil Tinggi: Penasihat SPRM Gesa Gani Patail Beri Penjelasan

Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Tan Sri Robert Phang secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaan-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah, lapor The Malaysian Insider.
Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Robert Phang itu berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.
Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.
Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.
Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu,
Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan.
“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau.
Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tan Sri Tajuddin Ramli- yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001.
Kes itu pernah dibawa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini.
“Selagi wujud perasaan was-was mengenai tatalaku peribadi Peguam Negara Gani Patail sebagaimana digambarkan dan ia tidak ditangani, kesemua usaha ikhlas di pihak kerajaan dan SPRM akan sia-sia,” kata beliau.
“Ia hanya akan dianggap sebagai satu usaha hubungan awam ataupun slogan semata-mata,” kata Phang.
Dakwaan membabitkan Abdul Gani muncul di portal berita Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamarudin.
Phang mengeluarkan kenyataan itu hari ini ketika negara dikejutkan dengan surat terbuka pegawai polis kanan Datuk Mat Zai kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam itu yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru sebagaimana didedahkan oleh Mat Zain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider kelmarin bahawa beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.
Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Abdul Gani berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998.
Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.
Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Berita terburuk Untuk Anwar


Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY
Dis 12, 10 2:21pm
Kongsi 21
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.

NONEKabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.

Menurut akhbar Australia,The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "

Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.

ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politikAnwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul.

"'ONA menilai, dan rakan sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The Sun-Herald yang memetik kabel tersebut.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Anwar telah menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan yang sama.



Ulasan =


Cuba perhatikan pula apa pula yang di perkatakan oleh blog ini.....



SEARCH MALAYSIAWAVES HERE

WEDNESDAY, AUGUST 4, 2010

Singapore Sokong UMNO/BN

Beberapa minggu lepas, saya berjumpa seorang kawan saya yang bertugas di Singapura. Beliau rapat dengan beberapa pimpinan PAP di Singapura. Setelah berborak beberapa lama, saya mengubah topik kepada politik Malaysia. Saya agak terkejut dengan maklumat yang beliau berikan kepada saya. Mengikut maklumat beliau, Singapura/PAP telah mengeluarkan polisi baru, yakni memastikan kerajaan BN/UMNO dikekalkan sebagai kerajaan Malaysia. 

Kawan saya berkata beliau telah bertemu beberapa orang pembuat polisi dalam kerajaan Singapura dan kesimpulan yang diberikan oleh mereka adalah serupa, yakni:
Menyokong dan memastikan kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang dikekalkan serta membantu Najib Tun Razak mengekalkan kuasa beliau

Mengikut teman saya itu, Singapura amat membenci Anwar Ibrahim kerana Anwar dikatakan sebagai seorang Islamists dan akan memastikan Islam kuat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Bukti jelas adalah sokongan tegar Anwar kepada Hamas dan GAZA. Kerajaan Singapura pula secara terbuka menyokong pembunuhan kejam rakyat Gaza secara terbuka. Ada khabar angin terdapat sekelompok tentera Singapura yang membantu Israel di dalam pembantaian Gaza, namun perkara ini tiada bukti. Cuma khabar angin.

Tindakan Anwar membuat pendedahan berkaitan APCO juga telah menaikkan kemarahan Amerika dan Israel/Yahudi. Apabila Amerika dan Yahudi marah, Singapura akan turut marah sama.

Singapura/PAP sudah pun berbuat beberapa persediaan untuk memastikan Najib dan UMNO kekal memerintah Malaysia.

Maklumat kawan saya ini mengingatkan saya kepada saat2 sebelum jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu. PAda masa itu, saya adalah Pegawai Khas kepada PJ Selangor (dan masih kekal pada jawatan ini). Saya banyak berinteraksi dengan para wartawan dalam/luar negeri serta para penganalisa politik antarabangsa.

Yang menghairankan saya pada masa itu adalah semua wartawan dan penganalisa yakin PAS kekal memerintah Terengganu selepas 2004. Namun, yang berbeza pendapat adalah mereka2 dari Singapura atau mereka yang mempercayai laporan agen perisik Singapura.

Mengikut mereka, perisikan Singapura "ijma'" menyatakan Terengganu akan jatuh kepada UMNO/BN dan mereka telah memberi laporan seperti itu sejurus selepas Pak Lah naik ke takhta Perdana Menteri.

Hairan saya di mana Singapura dapat maklumat yang begitu jitu dan rahsia itu? Tidak hairanlah Dr Mahathir sendiri telah membuat tuduhan kerajaan Pak Lah ini pro atau dikawal Singapura.

Kekalahan PAS dipandang penting oleh Singapura kerana ia bermakna kekalahan Islam. Singapura lebih menyukai UMNO kerana UMNO boleh diharap untuk menghalang kemaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia.

Ia juga menjawab soalan mengapa Khairy Jamaluddin begitu kuat menyerang Anwar sejak akhir-akhir ini. Khairy telah dituduh oleh ramai dalam UMNO sebagai agen Singapura. Saya tak tau benar atau tidak, tapi tindakan Khairy menyerang Anwar adalah selaras dengan polisi Singapura yang membenci Anwar Ibrahim.

Sebagai penutup, tulisan saya ini bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang kawan saya berikan ini. Saya tidak tahu perkara ini benar atau tidak. Cumanya, sejak akhir-akhir ini, hubungan Malaysia-Singapura nampaknya semakin rapat dan Najib terutamanya semakin intim dengan Lee Hsian Loong.

Bagi saya, sokongan Singapura kepada UMNO/BN tidak mengejutkan(kalau benar). Kalau saya jadi Singapura pun, saya akan menolong dan menyokong UMNO/BN. Saya tahu, selai UMNO/BN memerintah, Malaysia akan jadi lebih lemah dan lebih longlai tanpa saya perlu berbuat apa-apa. Juga, dengan amalan korupsi yang diamalkan oleh UMNO/BN, bermakna Singapura boleh membeli pemimpin-pemimpin di MAlaysia sekirannya saya memerlukan apa-apa dari Malaysia.

Dengan kata lain, kaedah terbaik melemahkan musuh adalah menggunakan musuh saya itu sendiri. UMNOCO akan terus melemahkan serta menjatuhkan Malaysia tanpa Singapura perlu melakukan apa-apa. Free sahaja pada Singapura.

Tak hairanlah, Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan umum bahawa dengan SD800 juta, beliau boleh membeli keseluruhan UMNO/BN.

Bagi saya, demi menjamin kemerdekaan Malaysia, haruslah kita lontar UMNOCO/BN ke dalam Laut Cina Selatan.

Tulang Bei