Ahad, 12 Disember 2010

Berita terburuk Untuk Anwar


Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY
Dis 12, 10 2:21pm
Kongsi 21
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.

NONEKabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.

Menurut akhbar Australia,The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "

Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.

ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politikAnwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul.

"'ONA menilai, dan rakan sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The Sun-Herald yang memetik kabel tersebut.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Anwar telah menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan yang sama.



Ulasan =


Cuba perhatikan pula apa pula yang di perkatakan oleh blog ini.....



SEARCH MALAYSIAWAVES HERE

WEDNESDAY, AUGUST 4, 2010

Singapore Sokong UMNO/BN

Beberapa minggu lepas, saya berjumpa seorang kawan saya yang bertugas di Singapura. Beliau rapat dengan beberapa pimpinan PAP di Singapura. Setelah berborak beberapa lama, saya mengubah topik kepada politik Malaysia. Saya agak terkejut dengan maklumat yang beliau berikan kepada saya. Mengikut maklumat beliau, Singapura/PAP telah mengeluarkan polisi baru, yakni memastikan kerajaan BN/UMNO dikekalkan sebagai kerajaan Malaysia. 

Kawan saya berkata beliau telah bertemu beberapa orang pembuat polisi dalam kerajaan Singapura dan kesimpulan yang diberikan oleh mereka adalah serupa, yakni:
Menyokong dan memastikan kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang dikekalkan serta membantu Najib Tun Razak mengekalkan kuasa beliau

Mengikut teman saya itu, Singapura amat membenci Anwar Ibrahim kerana Anwar dikatakan sebagai seorang Islamists dan akan memastikan Islam kuat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Bukti jelas adalah sokongan tegar Anwar kepada Hamas dan GAZA. Kerajaan Singapura pula secara terbuka menyokong pembunuhan kejam rakyat Gaza secara terbuka. Ada khabar angin terdapat sekelompok tentera Singapura yang membantu Israel di dalam pembantaian Gaza, namun perkara ini tiada bukti. Cuma khabar angin.

Tindakan Anwar membuat pendedahan berkaitan APCO juga telah menaikkan kemarahan Amerika dan Israel/Yahudi. Apabila Amerika dan Yahudi marah, Singapura akan turut marah sama.

Singapura/PAP sudah pun berbuat beberapa persediaan untuk memastikan Najib dan UMNO kekal memerintah Malaysia.

Maklumat kawan saya ini mengingatkan saya kepada saat2 sebelum jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu. PAda masa itu, saya adalah Pegawai Khas kepada PJ Selangor (dan masih kekal pada jawatan ini). Saya banyak berinteraksi dengan para wartawan dalam/luar negeri serta para penganalisa politik antarabangsa.

Yang menghairankan saya pada masa itu adalah semua wartawan dan penganalisa yakin PAS kekal memerintah Terengganu selepas 2004. Namun, yang berbeza pendapat adalah mereka2 dari Singapura atau mereka yang mempercayai laporan agen perisik Singapura.

Mengikut mereka, perisikan Singapura "ijma'" menyatakan Terengganu akan jatuh kepada UMNO/BN dan mereka telah memberi laporan seperti itu sejurus selepas Pak Lah naik ke takhta Perdana Menteri.

Hairan saya di mana Singapura dapat maklumat yang begitu jitu dan rahsia itu? Tidak hairanlah Dr Mahathir sendiri telah membuat tuduhan kerajaan Pak Lah ini pro atau dikawal Singapura.

Kekalahan PAS dipandang penting oleh Singapura kerana ia bermakna kekalahan Islam. Singapura lebih menyukai UMNO kerana UMNO boleh diharap untuk menghalang kemaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia.

Ia juga menjawab soalan mengapa Khairy Jamaluddin begitu kuat menyerang Anwar sejak akhir-akhir ini. Khairy telah dituduh oleh ramai dalam UMNO sebagai agen Singapura. Saya tak tau benar atau tidak, tapi tindakan Khairy menyerang Anwar adalah selaras dengan polisi Singapura yang membenci Anwar Ibrahim.

Sebagai penutup, tulisan saya ini bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang kawan saya berikan ini. Saya tidak tahu perkara ini benar atau tidak. Cumanya, sejak akhir-akhir ini, hubungan Malaysia-Singapura nampaknya semakin rapat dan Najib terutamanya semakin intim dengan Lee Hsian Loong.

Bagi saya, sokongan Singapura kepada UMNO/BN tidak mengejutkan(kalau benar). Kalau saya jadi Singapura pun, saya akan menolong dan menyokong UMNO/BN. Saya tahu, selai UMNO/BN memerintah, Malaysia akan jadi lebih lemah dan lebih longlai tanpa saya perlu berbuat apa-apa. Juga, dengan amalan korupsi yang diamalkan oleh UMNO/BN, bermakna Singapura boleh membeli pemimpin-pemimpin di MAlaysia sekirannya saya memerlukan apa-apa dari Malaysia.

Dengan kata lain, kaedah terbaik melemahkan musuh adalah menggunakan musuh saya itu sendiri. UMNOCO akan terus melemahkan serta menjatuhkan Malaysia tanpa Singapura perlu melakukan apa-apa. Free sahaja pada Singapura.

Tak hairanlah, Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan umum bahawa dengan SD800 juta, beliau boleh membeli keseluruhan UMNO/BN.

Bagi saya, demi menjamin kemerdekaan Malaysia, haruslah kita lontar UMNOCO/BN ke dalam Laut Cina Selatan.

Tulang Bei







Tiada ulasan:

Catat Ulasan