Jumaat, 28 Oktober 2011

Benarkah Kelantan Mundur ?


Kenapalah Kelantan jadi mundur?

Pelabur takut untuk melabur di Kelantan kerana rakyat miskin.
Banyak rakyat Kelantan merempat diluar negeri?
Tidak ada pembangunan !
Tiada peluang pekerjaan !
Tiada peluang pendidikan !
Sabar.
Mari dengar ini cerita.
Menurut cerita orang Kelantan lah,
bukan cerita dongeng orang luar,
kerana untuk mengetahui sesuatu perkara darinya,
perlulah bertanyakan kepada orangnya.
tak gitu?
Kelantan sudah jauh maju sebenarnya,
Kemajuan pembangunan Islam di Kelantan jauh mendahului dari negeri lain.
Ramai orang Kelantan sudah kaya raya di ibu kota Kuala Lumpur,
Sehingga Dato’ Tony Fernandes pula sibuk untuk bina Tune Hotel di negeri mundur ini,
Lihatlah airport negeri mundur, telah mencapai 1 juta trafik pada 2009.
mendahului airport domestic negeri maju lain.
Sebab itulah Jepun memilih untuk mendarat di Kuala Pak Amat  60 tahun lalu! Ha Ha. (Tiada Kaitan)
*******************************************************************************
Pelaksanaan & Perancangan.
A) Pelaksanaan.
1) Kompleks Saidina Ali.

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali
Fasa pertama Kompleks Perniagaan Saidina Ali telah siap sepenuhnya awal tahun ini. Projek ini telah dimajukan oleh Ali Homes yang beribu pejabat di Kota Bharu.
2) Masjid Ayesha.

Masjid Ayesha

Masjid Ayesha
Sebuah masjid baru di Kok Lanas yang diberi nama Masjid Ayesha terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Saidina Ali. Status projek telah mencapai 65 % dan dijangka siap penghujung 2011.
3) KFC & Pizza Kok Lanas.

KFC & Pizza Kok Lanas

KFC & Pizza Kok Lanas
Satu-satunya Restoran bersama (single outlet) KFC-Pizza terletak di Kok Lanas telah dibuka awal tahun 2011 dilokasi yang strategik di antara Ketereh dan Kok Lanas.
4) KFC Kota Bharu.

KFC Kota Bharu
Restoran KFC kedua (single outlet) di Kota Bharu selepas pembukaan pertama (single outlet) KFC Kubang Kerian hampir 2 tahun lepas. Dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011 dan dibuka kepada umum akhir tahun ini.
5) Pembesaran HUSM Kubang Kerian.

Pembesaran HUSM
Sebuah Projek Kerajaan Pusat menempatkan beberapa buah blok baru telah memasuki fasa terakhir setelah dimulakan pertengahan 2010 lalu.
6) Pembesaran HRPZ II. 

Pembesaran HRPZ
Juga sebuah projek Kerajaan Pusat untuk menambah 4 blok tambahan baru telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2013.
Entri Terdahulu: Pembesaran HRPZ.
7) Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pemanjangan Laluan LTSIP

Pemanjangan Laluan LTSIP
Projek pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa telah memasuki 90 % pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.
8 ) Pasar Kota Jembal.

Pasar Kota Jembal
Projek Pembinaan Pasar Baru Kota Jembal yang bermula pada awal tahun ini telah memasuki 70 % pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011.
Entri Terdahulu: Pasar Baru Kota Jembal.
9) Medan Selera Kota Bharu.

Medan Selera Kota Bharu
Sebuah projek Kerajaan Pusat di bawah JPP untuk membina sebuah Medan Selera di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah bermula Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.
10) Wisma SPRM. 

Wisma SPRM
Sebuah Wisma Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Yahya Petra telah siap sepenuhnya pada Julai 2011 setinggi 8 tingkat ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Harap tiada yang jatuh lagi disini.
11) Wisma PERKESO.

Wisma PERKESO
Sebuah Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Kampung Sireh telah siap dan beroperasi pada pertengahan 2010.
12)  Battuta Ville.

Battuta Ville

Artistik Battuta Ville
Projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam. Projek ini dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Entri Terdahulu: Batutta Ville.
13) Anjung Vista.

Anjung Vista

Artistik Anjung Vista
Pembinaan Anjung Vista Service Apartment ini telah 30% siap dan ia bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta.
Entri Terdahulu: Anjung Vista Apartment.
14) Pembesaran Hotel Perdana.

Pembesaran Hotel Perdana

Pembesaran Hotel Perdana

Artistik Pembesaran Hotel Perdana
Sebuah Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menambah-baik dan pembinaan blok bangunan baru Hotel Perdana 11 Tingkat dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2012.
Entri Terdahulu: Pembesaran Hotel Perdana
15) Holiday Villa. 

Holiday Villa

Artistik Holiday Villa
Sebuah bangunan hotel 9 Tingkat bertentangan dengan Pasar Wakaf Che Yeh dimiliki oleh Holiday Villa dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.
16) One Residence. 

One Residence

Artistik One Residence
Sebuah Kondominium di Jalan Paya Bemban – Cherang setinggi 24 Tingkat telah dimulakan pembinaannya Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya April 2013.
Entri Terdahulu: One Residence Condominium.
17)  Apartment KB Sentral.

KB Sentral

KB Sentral

KB Sentral
Entri Terdahulu: KB Sentral.
18) Mydin Mall (Terbesar di Malaysia). 

Mydin Mall Tunjong
Sebuah pasaraya Mydin Mall yang terbesar di Malaysia terletak di Bandar Baru Tunjong sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Dec 2012.

19) New Shop-lots.

Unit di Jalan Kelochor

Unit di Jalan Wakaf Mek Zainab

Unit di Paya Bemban

B) Perancangan. 
1) Hotel Madinaturraudhah.

Tapak pembinaan Hotel Madinaturraudhah

Artistik Hotel Madinaturraudhah

Imej Satelit Lokasi Hotel Madinaturaudhah
Entri Terdahulu: Hotel Madinaturaudhah
2) Bayan Residency.

Bayang Residency

Artistik Bayan Residency

Imej Satelit Lokasi Bayan Residency
Terletak diantara laluan Kota Bharu – Panji, Pembinaan Bayan Residency dijangka akan dimulakan Ogos 2011 setelah proses untuk mendapatkan kelulusan selesai.
3) Perdana Residency.

Artistik Perdana Residency

Imej Satelit Lokasi Perdana Residency
Perdana Residency di Jalan Sri Cemerlang setinggi 23 Tingkat ini yang dimiliki oleh PKINK akan menempatkan lebih dari 250 buah unit dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan seawal Oktober 2011.
4) Ali Vista.

Ali Vista

Imej Satelit Lokasi Ali Vista
Pembinaan Apartment Ali Vista yang dimajukan oleh Ali Homes ini masih belum dimulakan sepenuhnya.
 5) Apartment PKINK.

PKINK Apartment

Imej Satelit Lokasi PKINK Apartment
6) ND Mutiara.

ND Mutiara Tower

Imej Satelit ND Mutiara
Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.
7) Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra (Tapak Stesen Bas SKMK)

Hotel 26 Tingkat
Hotel 26 Tingkat
Imej Satelit Lokasi Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra
Pembinaan Hotel setinggi 26 Tingkat ini di atas tapak bekas stesen bas SKMK di lihat sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru di Kota Bharu. Proses pemilik tanah telah selesai dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada penghujung 2011.
8 )  Apartment di Jalan Che Su

Pelan

Artistik Apartment

Artistik Apartment

Imej Satelit
Sebuah lagi pembinaan yang akan menambahkan lagi seri di tepi Sungai Kelantan. Terletak di antara Jalan Che Su dan Jalan Gajah Mati, Apartment ini bersebelahan GR Hotel (Grand RiverView), dan sekarang, ia dalam proses untuk mendapatkan tanah yang menempatkan lebih dari 50 buah rumah-rumah dan setinggan di tepi Sungai Kelantan. Menurut sumber, pemilikkan tanah sudah mencapai 30% iaitu ia akan bermula dari sebelah LIDO (lama) hingga Off Jalan Gajah Mati berhadapan Jalan Sultanah Zainab.

9) An-Naim Resident.

An-Naim Resident

Imej Satelit Lokasi an-Naim Resident
Pembinaan dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 setelah Taqwa Point di hadapan An-Naim Resident yang akan siap sepenuhnya menjelang Mei 2012.
10) Airport City.

Airport City
Airport City merupakan suatu pelan perancangan jangka panjang oleh MPKB-BRI meliputi tanah seluas 200 ekar di hadapan Pantai Sabak dan menghadap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Suatu perancangan selepas projek-projek di Lembah Sireh dan Pasir Tumboh ini siap sepenuhnya.
Lain-Lain:
1) Pembangunan Lembah Sireh. (Kota Bharu Waterfront)
2) Bandar Satelit Pasir Tumboh. (Kota Tok Kenali)
Written by Muhammad Ismail Ibrahim
July 24, 2011 at 12:51 PM
Posted in Infrastructure

14 Responses

Subscribe to comments with RSS.
  1. salam..ismail,masjid baru kok lanas tu dana dari kerajaan negeri ko pusat?lawa design dia bagi kawe..tambah2 plok ad 4 menara meme lawa..huhu..
    kawe rasa demo ad tertinggal so lagi projek apartment dlm perancangan iaitu cityview apartment sebelah bank islam dekat simpang langgar dgn de muara residence lembah sireh..huhu

    July 24, 2011 at 10:18 PM
  2. not bad Airport City tu kan……yg bestnye dekat tepi laut…..ocean view gitu….

    kairul
    July 25, 2011 at 12:51 AM
  3. wordpress ni buleh bukok mato ore luar hok kato klate mundur…
    buleh tgk byk pembangunan hok tgh & akn dibuat…
    mace2 ado…

    hilmiAziz
    July 30, 2011 at 8:21 PM
  4. salam,
    tahniah diatas maklumat ini. sy sungguh menghargai blog saudara.
    banyak lagi projek akan dilaksanakan oleh swasta iaitu tok bali port rm5.4b, petroleum pipeline usd2.4b, hotel and service aptmt and water theme park di pantai irama bachok, mix dev. taman chitawangsa di bandar k.krai,bandar sukan bukit merbau.
    lepas tu di ltsip ada asia pacific flgt trning, ada westas aviation- hub lojistik bg o&g di south china sea.
    bandar baru pasir mas.
    kalau ada lg ambo royat..
    sekian
    tq

    ismail nazwan
    August 1, 2011 at 1:25 AM
  5. Assalamualaikum.
    Terima kasih atas keprihatinan saudara atas pembangunan di negeri Kelantan. Sebagai salah seorang rakyat Kelantan, saya amat berbangga dengan kemajuan negeri Kelantan. Kelantan bukanlah semundur seperti yang dihebah-hebahkan oleh pihak media. Kita lebih kenal negeri kita sendiri.
    Walau bagaimanapun, saya agak terkilan melihat projek terakhir yang bersebelahan dengan GRV hotel. Pembangunan itu merupakan satu perubahan positif, tapi, saya ingin mengetahui. Bagaimanakah nasib mereka yang mendiami kawasan itu? Adakah mereka perlu bepindah ke tempat yang baharu? Adakah terdapat perkataan ‘DIUSIR’ nanti? Adakah kerajaan negeri/pihak pemaju akan menyediakan tempat tinggal untuk mereka? Saya faham projek ini masih dalam fasa perancangan. Ini hanyalah perancangan.
    Cuma satu sahaja keprihatinan saya pada isu ini; status penduduk kawasan yang terlibat. Harap kebajikan mereka tidak terabai.
    Mohon juga sekiranya saudara dapat melihat laman sesawang ini.http://live.dikelantan.com/2011/07/19/kelcheff-gagal/
    Laman sesawang ini menilai negeri kelantan secara objektif. Mungkin ada sesetengah artikel dianggap berat sebelah, namun, bagus sekiranya isu-isu yang dibangkitkan oleh penulisan penulis ini dapat dijadikan panduan ke arah pembangunan negeri Kelantan yang lebih baik. Insya Allah.
    Terima Kasih.

    Rahman Abdullah
    August 13, 2011 at 2:04 PM
  6. Salam,
    memanglah ramai rakyat kelantan kaya raya di luar kelantan. tengok saje lah restoran2, gerai2,perniagaan2.. semua dikuasai oleh orang kelantan
    Sebab apa?
    Sebab negeri sendiri mundur, tak maju, peluang pekerjaan terhad.
    Setelah bertahun2 mencari rezeki di negeri orang tak mustahil lah, sekarang kelantan mula membangun..
    saya bukan anti-kelantan, tapi itulah..dimana2 je ada orang kelantan, lemass!

    protonizer
    September 8, 2011 at10:47 AM
    • helo protonizer…mu ni mata tak berapa celik la…tengok kl bila raya…tengok jalan mana yang jem …utara selatan pun jem timur pun jem… kl kosong orang balik kampung bukan ke kelantan saja… negeri2 lain pun sama banyak…

      September 10, 2011 at12:03 PM
  7. hotel perdana mmg cantik..276 room..5 star

    October 19, 2011 at 11:55 PM
  8. Tahniah Abi Husna, molek post awak di FoKS. Apabila kita maju kedepan, sesekali kena tengok dibelakang. Sebenar orang Kelantan maju.Pada saya maju dan mundur tidak ada titik mula dan titik akhir.

    October 23, 2011 at 10:08 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan