Sabtu, 30 Oktober 2010

Pengundi DUN Galas pulang mengundi akan di bayar

Gua MUSANG: PAS membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini. 

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi dan menafikan bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.


Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan. "Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 

Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44. - BERNAMA






Ini satu masaalah,  wahai Pas, kamu  jangan diajak berlawan rasuah dengan BN ni........kalau bab duit memanglah BN akan menang....


Memang Pas sengaja cari penyakit.................








.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan