Kat
Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra.
"Mahkamah sahaja yang akan tentukan tindakan undang-undang yang sesuai untuk mendakwa mereka, kita hanya boleh cadangkan sesuatu pertuduhan contohnya kesalahan melindungi pesalah jenayah," katanya.
Menurut Musa, mereka yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan Raja Petra boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah.
Katanya, polis tidak boleh bertindak melulu untuk mengambil sebarang kenyataan daripada individu tersebut kerana ia perlu dilakukan mengikut prosuder tertentu.Musa berkata, walaupun polis antarabangsa (Interpol) telah menolak notis arahan merah yang dikeluarkan PDRM untuk menahan Raja Petra, pihaknya mempunyai inisiatif dan strategi lain untuk menahan pengendali laman web itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan strategi berkenaan bagi mengelakkan kebocoran maklumat yang sekaligus boleh mengganggu siasatan polis.
Dalam laporan akhbar hari ini, Musa dipetik sebagai berkata PDRM akan memanggil Zaid atau sesiapa yang disyaki terbabit menyembunyikan pengendali laman web itu dalam masa terdekat.
Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today. ( sumber asal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan