Isnin, 5 Julai 2010

Kelab Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London

PI Bala, Raja Petra antara 'Friends for Pakatan'
Danny Lim
Jul 5, 10
4:24pm

Pakatan rakyat semalam menubuhkan kelab Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 yang bertiup kencang akan diadakan tidak lama lagi.

Peng
erusi, FoPR, Brain Morais berkata beliau meramalkan antara 20,000-30,000 rakyat Malaysia yang menghuni di kota London akan menyertai kelab itu dan dengan menyalurkan sokongan dan sumber secara sistematik kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi upacara perasmian, beberapa pemimpin Pakatan diterbangkan khas. Mereka termasuk ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bendahari PAS, Hatta Ramli, naib presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Nurul Izzah Anwar.

Forum lima jam itu juga disusuli ucapan yang menyentuh pelbagai masalah yang melanda Malaysia sekarang ini.

Zaid memulakan ucapannya dengan menyentuh pengharaman buku kartun oleh Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, dan usaha melabelkannya sebagai penjenayah hanya semata-mata beliau berjumpa dengan blogger Raja Petra Kamarudin di Manchester.

"(BN) dalam keadaan panik sekarang, mereka melihat musuh di mana-mana,” kata Zaihd yang begitu yakin Putrajaya akan tumbang kepada Pakatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan